BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

21 February 2011

Tujuh teknik asas CoRT 1

Komponen CoRT 1 Tujuan berfikir Kaedah dan langkah Contoh tajuk perbincangan


PMI : Plus, Minus, Interesting. Baik, Buruk, Menarik. Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi.

Mengelakkan reaksi beremosi.

Mengembangkan idea atau cadangan. P: Senaraikan semua yang baik

M: Senaraikan semua yang buruk

I: Senaraikan semua yang menarik

Apakah keputusan atau penilaian tentang sesuatu tajuk yang dikaji? 1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.

2. Kereta direka supaya boleh terbang semasa jalan raya sesak.

3. Sains diajar di luar bilik darjah.

CAF disebut sebagai kaf.

Consider All Factors

Ambil kira semua factor. Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa factor yang penting. Senaraikan semua faktor yang berkaitan.

Pertimbangan setiap faktor.

Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajarnya dibuat. 1. Apakah kegiatan kokurikulum yang anda ingin ikuti?

2. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari jadi ibu anda?

3. Semua pelajar tingakatan lima perlu mengikuti mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.

C & S disebut sebagai C dan S.

Consequence and Sequel.

Kesan dan Akibatnya. Menjangkakan apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.

Meramalkan kesan dan akibat bagi keputusan tersebut. Apakah cadangan tersebut boleh berjaya?

Apakah risiko yang mungkin dihadapi?

Apakah kesan serta merta, jangka pendek, dan jangka panjang?

Apakah cadangan berkenaan terbaik? 1. Buku teks dihapuskan di sekolah.

2. Latihan setiap pelajar dibuat melalui hubungan komputer dengan guru.

3. Kajian tentang klon manusia harus dimulakan.

AGO disebut ‘a-go’

Aims, Goals and Objectives.

Tujuan, Matlamat dan Objektif Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai

Elakkan perkara yang tidak berkenaan. Apakah AGO rancangan?

Adakah tindakan keluar daripada AGO?

Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai. 1. Apakah AGO hidup anda?

2. Apakah AGO mengadakan sekolah satu sesi.

3. AGO mengajar kemahiran berfikir di sekolah sukar.

FIP disebut fip.

First, Important, Priorities.

Utama, Penting, Prioriti. Mengambil kira perkara-perkara yang penting.

Menentukan prioriti.

Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan Apakah perkara-perkara yang penting?

Antara perkara-perkara ini, yang mana paling penting?

Apakah prioriti yang perlukan tindakan segera? 1. FIP semasa memilih pasangan hidup.

2. Apakah strategi pengajaran pembelajaran sejarah yang paling baik?

3. Apakah FIP yang harus dilaksanakan demi mencapai matlamat Wawasan 2020?

APC disebut ‘A’,’P’,’C’

Alternatives, Possibilities, Choices.

ALternatif, Kemungkinan, Pilihan. Memikirkan beberapa perkara yang serentak.

Menentukan pilihan yang terbaik.

Elakkan pemikiran sehala sahaja. Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?

Apakah baik buruk setiap cadangan tersebut?

Yang manakah cadangan yang paling terbaik? 1. Bagaimana memilih ketua kumpulan sedangkan ahli-ahli masih tidak mengenali antara satu sama lain.

2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC

3. Sains dan Matematik perlu diajar dengan lebih baik lagi.

OPV disebut ‘O’,’P’,’V’.

Other People’s Views.

Pandangan Orang lain. Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.

Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Apakah idea diri akan mempengaruhi orang lain?

Bagaimana orang lain memandang idea anda?

Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan? 1. Semua kegiatan social dihentikan selepas 9 malam.

2. Rancangan TV dari luar Negara diharamkan.

3. Gaji guru harus melebihi gaji pegawai kerajaan yang lain sebanyak 50%.

06 February 2011

Aku Sebuah Hard Disc

Aku sebuah hard disc, mungkin itulah yang paling sesuai untuk diibaratkan tentang diriku. Kenapa aku menafsirkan diriku sebagai sebuah hard disc dan tidaknya sepertinya seperti dandelion, bola atau sebagainya? Mungkin salah satu faktornya aku lebih cenderung dan meminati perkakasan digital berbanding dengan perkara-perkara lain seperti bunga ataupun makanan :)

Ok salah satu faktor aku meanggap diriku seperti hard disc kerana sifat ku sendiri seperti perkakasan digital tersebut iaitu boleh menyimpan dan membuang sebarang maklumat dengan mudah, dengan satu klik semuanya boleh dipadam atau ditambah. Manakala diriku pula, seandainya ada orang disekelilingku pernah menyebabkan aku marah atau geram, aku tidak  menyimpan perasaan dendam terhadap perbuatan mereka  tersebut. Selepas beberapa jam perkara tersebut berlalu aku sudah lupakan tentang masalah tersebut.

Ok rasanya itu saja yang boleh aku tulis dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih.

Metakognisi



2 video ini sedikit sebanyak menerangkan tentang bagaimana metakognisi atau berfikir untuk berfikir.
Sudahkah anda menontonnya?



Dalam kehidupan kita, secara sedar atau tidak sedar, kita sering menggunakan teknik berfikir secara metakognisi. Dalam erti kata lain, muhasabah diri. Kita berfikir tentang berfikir, contohnya dalam membuat keputusan, kita berfikir dan berdialog dengan diri sendiri. Monolog dalaman memainkan peranan yang penting dalam proses metakognisi ini.

Hal ini sangat penting dalam kehidupan seseorang, terutamanya bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil dan dalam membuat keputusan. Seterusnya, kemahiran metakognisi juga dapat meningkatkan kematangan seseorang dalam berfikir.

dandelion...

aku sering menyamakan diriku dengan "dandelion"..
pastinya semua orang sudah mengetahui apa itu dandelion kan...



aku menyukai konsep dandelion yang akan hidup walau di mana ia dterbangkan...
meskipun di hutan mahupun di taman yang cantik..
seperti diriku, aku mengetahui bahawa menjadi seorang guru kita haruslah menyesuaikan diri walau di mana kita ditetapkan untuk mengajar...

aku memang seorang yang suka berkawan walau di mana aku berada.
dan aku juga seorang yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
contohnya, aku seorang "kampung girl" yang berhijrah ke bandar untuk menuntut ilmu...
dan aku dapat menyesuaikan diriku dengan keaadaan baru ini.

selain itu, jika aku tidak berupaya untuk menyesuaikan diri, ak boleh pergi ke tempat lain yang mungkin sesuai dengan diriku....

05 February 2011

aku tetap aku

Novel mempunyai kisah yang panjang dan memerlukan masa untuk difahami sepenuhnya.
Untuk memahami dan mengetahui sesebuah novel tu kita perlu baca dan faham isi novel tersebut barulah kita dapat menilai novel tu sebuah buku yang bosan ataupun menarik.
Seperti yang kita semua tahu, jangan menilai sesebuah buku tu melalui kulitnyaa.
Mungkin kulitnya menarik tapi isinya sangat bosan, begitu juga sebaliknya.
Aku menganggap diriku sebagai novel kerana orang perlu mengenali aku terlebih dahulu baru dapat memahami diriku yang sebenar. Seperti novel yang perlu baca dahulu barulah kita tahu isi cerita tersebut.
Mungkin ada yang menganggap aku sombong sekiranya tidak pernah bergaul dengan aku.
Mungkin ada yang mempunyai pandangan negatif pada diriku.
Ini semua kerana mereka belum mengenali siapa diriku yang sebenar.
Aku tetap akan menjadi diriku yang sebenar walau dimana ku berada.
Seperti novel juga. Dimana sahaja dihantar dipos. Kulit dan isi nya tetap sama.
Begitu jugalah aku, dimana sahaja aku merantau. Aku tetap aku.
Sering menjadi seorang perahsia sekiranya tidak ditanya atau dipaksa bercerita.
Tetapi mungkin boleh menghilangkan bosan teman-teman dengan ceritaku.
Sama juga dengan novel. Isinya tidak akan diketahui selagi pembacanya tidak berusaha membuka lembaran dan membaca setiap helai yang ada dalam novel tersebut.
Dan mungkin boleh menghilangkan bosan pembaca dengan cerita yang tersirat dalam penulisannya.

P/S: Mungkin sukar untuk difahami apa yang ingin aku sampaikan. 
Tetapi ini lahir dari buah fikiran ku sendiri... =)

Diriku

Aku menyamakan diri aku seperti seekor ikan. Ikan itu selalu berenang ke sana sini untuk kebaikan dirinya. Ikan tersebut sama seperti aku kerana selepas SPM dan sebelum masuk maktab, aku telah mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Perlis(KMP). Walaupun itulah merupakan kali pertama aku bejauhan dengan family.

Pada hari pertama berpisah, memangla amat sedih, tetapi dah nak buat macam mana lagi kerana aku berjauhan dengan family pun disebabkan untuk masa depan aku. Di KMP aku belajar macam-macam benda yang tidak pernah aku buat sebelum nie. Sebelum nie aku tidak tahu apa itu berdikari. Tapi, setelah belajar di KMP, aku telah memehami erti berdikari itu dengan sedalamnya. Aku dapat membiasakan diri aku kat KMP. ALHAMDULILLAH. Setelah sebulan aku dekat KMP, aku dapat tawaran untuk memasuki MAKTAB.

Setelah menerima tawaran tersebut aku terus berhenti daripada menyambung pelajaran di KMP dan mendaftarkan diri ke IPIK. Aku di IPIK hanya sebatang kara. Pertama kali sampai di IPIK, aku tidak mengenali seorang pun pelajar disitu. Memang susah untuk membiasakan diri di situ. Tetapi setelah beberapa bulan di IPIK, aku dapat membiasakan diri aku di sini. Hidup aku di IPIK berjalan seperti biasa. Dekat sini dapat menyamakan diri aku sebagai seekor ikan. Kemana sekalipun ikan itu berenang, dia tetap dapat membiasakan dirinya dengan tempat tersebut.

mengenal kelebihan diri.

Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan sendiri. Semua orang akan sering membanding bandingkan diri sendiri dengan sesuatu yang lain. Tidak terkecuali diri saya sendiri. Mungkin rakan rakan lain mempunyai analogi tersendiri mengenai diri mereka. Ada rakan rakan yang mengibaratkan diri mereka sebagai cermin, burung besar, bunga matahari dan macam macam lagi. Cara saya memandang diri sendiri tidak lah seunik dan sehebat rakan rakan yang lain. Saya mengibaratkan diri saya sebagai sekeping biskut tiger.


Kenapa saya mengibaratkan diri saya sebagai sekeping biskut tiger? Kalau kita pegang biskut tiger tuh sendiri, kita dapat tengok kan, betapa kerasnya biskut tu tapi bila kita tekan dia, kita akan tahu yg sebenarnya walaupun biskut tu nampak keras, sebenarnya biskut tu sangat sangat lah rapuh. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Mungkin saya akan nampak kuat, nampak teguh diluar tetapi sebenarnya, hati saya sangat rapuh dan mudah tersentuh.


Selain itu juga, jika kita dengar sahaja biskut tiger itu, kita akan fikir, yg jenama 'tiger' itu sendiri menunjukkan ciri-ciri keberanian. Begitu juga dengan diri saya. Kalau saya pula, nama saya sendiri membawa makna keberanian. Tetapi sebenarnya, saya tidak lah seberani nama itu sendiri. :p


Semua org sukakan biskut tiger. Semua orang boleh hidup dengan hanya makan biskut tiger. Semua org boleh sesuaikan diri dengan biskut tiger. Begitu juga saya. Saya mudah sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mudah menjadikan diri ini sebagai kawan yg memahami. Saya mampu memberikan nasihat kepada rakan-rakan saya dan saya mampu untuk menyesuaikan masa dan keadaan yg tertentu.


inilah saya. :)



makanan jak kan? :)

03 February 2011

Membandingkan diri dengan sesuatu adalah satu kebiasaan yang akan terjadi dalam diri seseorang dek kerana pengaruh persekitaran. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak mempunyai kesempurnaan dalam semua aspek, kita akan dapat membandingkan diri kita dengan apa sahaja sesuatu yang kita rasakan sesuai.

Di sini, aku ingin membandingkan diriku sebagai seekor burung besar yang bisa terbang ke merata tempat. Burung ini akan terbang tinggi ke awan dan pada masa yang sama burung ini akan dapat melihat pelbagai ragam manusia yang berada di sekeliling tempat yang di kunjung oleh nya.

Aku membandingkan diriku sebagai seekor burung besar yang boleh terbang ke merata tempat kerana aku ingin pergi ke merata tempat. Dan sekarang aku sedang berada di salah satu tempat persinggahan ku iaitu di mana tempat aku belajar sekarang. Di sini aku dapat bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang semestinya tidak serupa dari segi rupa paras dan personaliti diri masing-masing. Di sini aku dapat belajar mengenai kehidupan sebenar tanpa kehadiran kedua ibu dan bapa. Di sini juga aq telah belajar bagaimana untuk mengatasi perbagai masalah yang melanda dengan bersendirian tanpa pertolongan dari sesiapa. Di sini juga aku belajar mengenal setiap ragam manusia dan disini aku belajar cara untuk hidup berdikari. Walaupun pada hakikat nya seekor burung hanya terbang tinggi dan dapat melihat keseluruhan dan tidak mempelajari mengenai apa-apa tetapi aku tetap membandingkan diriku sebagai seekor burung itu kerana hanya itu yang aku rasakan sesuai dengan diriku. Sekian, Terima Kasih.. ^_^

~aiman28~

20 January 2011

Analogi Diriku

Photoshopped Rose With Desaturated Background

Setiap daripada kita pasti akan akan membandingkan diri kita dengan sesuatu yang lain. Sesetengah merasakan dirinya seperti seekor singa yang gah berdiri dengan kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Sesetengah melihat dirinya sebagai seekor rama-rama yang dahulunya kecil dan hodoh tetapi pabila meningkat dewasa, menjadi seekor rama-rama yang cantik dan bebas terbang kemana sahaja yang dikehendaki. Tidak kiralah apa jua pilihan yang anda buat semuanya bukanlah atas dasar suka-suka. Ada sebab dan perkara yang menyebabkan mengapa sesuatu itu dipilih. Kadang-kala atas sebab pengalaman yang telah dilalui, ataupun disebabkan personaliti diri seseorang individu tersebut, dan melalui pemilihan itu, kita boleh menilai dan mengintrepertasikan siapa diri seseorang itu yang sebenarnya.

Membuat pemilihan adalah suatu perkara yang sukar kerana bagi sesetengah orang yang obses dengan kesempurnaan, pastinya dia tidak mahu orang lain tahu akan kelemahan dirinya. Dia akan mengambil masa yang lama untuk berfikir sedalam yang mungkin supaya pilihan yang dibuatnya adalah yang terbaik bagi dirinya dan tidak akan memakannya di kemudian hari.

Bunga Mawar menjadi pilihan di hati. Diri ini tertanya juga mengapa memilih bunga ros sebagai objek atau perkara untuk dibandingkan kepada diri sendiri. Aku melihat bunga Mawar sebagai suatu entiti yang sangat misteri. Kelihatan sangat cantik dan menarik tapi bagi sesiapa yang tidak tahu bagaimana hendak menjaga dan memiliki walau sekuntum bunga Mawar, hayatnya tidak akan kekal lama.

Begitulah aku mengibaratkan diri ini. Sebagai sekuntum bunga Mawar. Tampak begitu indah dan memikat hati boleh dipegang dan dimiliki oleh sesiapa saja yang mahukannya. Namun, jangan terpedaya dengan keindahan luaran semata. Jangan tertipu dengan warna menarik kelopak bunga yang berwarna merah menyala kerana di sebalik warna pekat itu tersembunyi duri-duri yang mampu menyebabkan anda terluka.

Jangan salah tafsir situasi ini sebagai bermuka-muka. Sekuntum Mawar yang merah tidak pernah bermuka-muka, tidak pernah memakai topeng kerana duri itu sememangnya sebahagian daripada dirinya tidak pernah cuba untuk menyembunyikan realiti tersebut.

Aku seorang yang tenang dan damai. Aku lebih suka memilih untuk berdiam daripada bersuara jika senyap itu lebih baik. Aku tidak gemarkan konflik dan perbalahan kerana itu aku tidak suka jika aku tau ada orang yang tidak menyukai kehadiran diriku.

Pun begitu, kalau ada orang yang benar-benar telah mencabar kesabaran aku, aku pasti akan marah juga kerana kenyataannya aku masih lagi seorang manusia biasa. Tetapi aku tidak akan bertindak secara melulu dan tidak akan berdepan dengan seseorang tersebut secara bersemuka. Aku akan melaukannya dengan cara yang berlainan. Menggunakan persekitaran yang mampu mempengaruhi dirinya secara lahiriah mahupun secara dalaman. Bagi aku, bertindak sedemikain lebih memberikan kesan yang mendalam berbanding dengan membuat perkara yang menyakitkan secara fizikal.

Begitulah aku ibaratkan diri ku dengan sekuntum Mawar merah. Tampak indah dan menarik tapi jika tidak berhati-hati dan tidak menjaganya dengan baik maka akan melukakan anda di kemudian hari.

Hasil nukilan ~ Adzmin Adenin ~

18 January 2011

Pemikiran adalah Anugerah Tuhan

Secara umumnya pemikiran merupakan satu perkara baik untuk setiap manusia. Apakah yang membuatkan kita dapat berfikir? Jawapan yang mungkin sesuai digunakan ialah kerana Tuhan memberikan kita Akal. Atau,jawapan dari segi Ilmiah pula ialah mungkin dengan mengemukakan Teori Otak Triune yang diperkenalkan oleh Paul MacLean,atau Teori Otak Roger Sperry yang diperknalkan oleh Profesor Roger Sperry-Pemenang Hadiah Nobel di University of California.


Memang sesuatu yang menarik apabila wujudnya manusia yang mampu menerangkan cara manusia berfikir dari segi teorinya. Memang ada logiknya perkara yang sedemikian, namun kuasa terbesar yang membolehkan manusia berfikir adalah kerana Tuhan telah mengurniakan kita akal. Apabila manusia berfikir dengan bijak, logik dan cemerlang, atau lebih dari itu, sudah pasti akal adalah punca manusia berfikir sehebat itu.

Setiap manusia juga tahu apa perkara yang membezakan manusia dengan hidupan yang lain, iaitu manusia memiliki akal dan yang lain tidak. Cuba fikirkan bagaimana manusia dapat mencipta pelbagai alatan canggih seperti komputer,Telefon Bimbit dan sebagainya. Setiap daripada kita akan berfikir, "Wah...hebatnya ciptaan ini!!" Namun,disebalik kehebatan itu adalah hasil dari daya pemikiran yang kreatif berdasarkan akal yang diberikan oleh Tuhan kepada kita.

Dalam kehidupan harian kita dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi, dan kita dapat melakukan keputusan yang bijak. Kita juga dapat mempertimbangkan apa yang baik dan apa yang buruk. Selain itu, kita juga dapat memberikan idea yang dihasilkan oleh daya berfikir kita. Perkara yang sehebat itu hanya dapat kita lakukan kerana adanya akal yang dikurniakan oleh Tuhan.

Kesimpulannya, segala kehebatan fikiran kita adalah kerana akal yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, kita haruslah bersyukur dan menggunakan akal yang dikurniakan oleh Tuhan ini dengan baik. Janganlah kita menjadi hipokrit, kerana akal tidak berlangsung dalam pemikiran yang jahat. Memikirkan perkara jahat adalah sama seperti kita menyalahgunakan akal, atau langsung tidak menggunakan akal. Dalam pengertian lainnya, ada akal tapi seperti tiada akal. Jadi, Pemikiran adalah Anugerah Tuhan!