BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Analogi. Show all posts
Showing posts with label Analogi. Show all posts

06 February 2011

dandelion...

aku sering menyamakan diriku dengan "dandelion"..
pastinya semua orang sudah mengetahui apa itu dandelion kan...



aku menyukai konsep dandelion yang akan hidup walau di mana ia dterbangkan...
meskipun di hutan mahupun di taman yang cantik..
seperti diriku, aku mengetahui bahawa menjadi seorang guru kita haruslah menyesuaikan diri walau di mana kita ditetapkan untuk mengajar...

aku memang seorang yang suka berkawan walau di mana aku berada.
dan aku juga seorang yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
contohnya, aku seorang "kampung girl" yang berhijrah ke bandar untuk menuntut ilmu...
dan aku dapat menyesuaikan diriku dengan keaadaan baru ini.

selain itu, jika aku tidak berupaya untuk menyesuaikan diri, ak boleh pergi ke tempat lain yang mungkin sesuai dengan diriku....

05 February 2011

aku tetap aku

Novel mempunyai kisah yang panjang dan memerlukan masa untuk difahami sepenuhnya.
Untuk memahami dan mengetahui sesebuah novel tu kita perlu baca dan faham isi novel tersebut barulah kita dapat menilai novel tu sebuah buku yang bosan ataupun menarik.
Seperti yang kita semua tahu, jangan menilai sesebuah buku tu melalui kulitnyaa.
Mungkin kulitnya menarik tapi isinya sangat bosan, begitu juga sebaliknya.
Aku menganggap diriku sebagai novel kerana orang perlu mengenali aku terlebih dahulu baru dapat memahami diriku yang sebenar. Seperti novel yang perlu baca dahulu barulah kita tahu isi cerita tersebut.
Mungkin ada yang menganggap aku sombong sekiranya tidak pernah bergaul dengan aku.
Mungkin ada yang mempunyai pandangan negatif pada diriku.
Ini semua kerana mereka belum mengenali siapa diriku yang sebenar.
Aku tetap akan menjadi diriku yang sebenar walau dimana ku berada.
Seperti novel juga. Dimana sahaja dihantar dipos. Kulit dan isi nya tetap sama.
Begitu jugalah aku, dimana sahaja aku merantau. Aku tetap aku.
Sering menjadi seorang perahsia sekiranya tidak ditanya atau dipaksa bercerita.
Tetapi mungkin boleh menghilangkan bosan teman-teman dengan ceritaku.
Sama juga dengan novel. Isinya tidak akan diketahui selagi pembacanya tidak berusaha membuka lembaran dan membaca setiap helai yang ada dalam novel tersebut.
Dan mungkin boleh menghilangkan bosan pembaca dengan cerita yang tersirat dalam penulisannya.

P/S: Mungkin sukar untuk difahami apa yang ingin aku sampaikan. 
Tetapi ini lahir dari buah fikiran ku sendiri... =)

Diriku

Aku menyamakan diri aku seperti seekor ikan. Ikan itu selalu berenang ke sana sini untuk kebaikan dirinya. Ikan tersebut sama seperti aku kerana selepas SPM dan sebelum masuk maktab, aku telah mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Perlis(KMP). Walaupun itulah merupakan kali pertama aku bejauhan dengan family.

Pada hari pertama berpisah, memangla amat sedih, tetapi dah nak buat macam mana lagi kerana aku berjauhan dengan family pun disebabkan untuk masa depan aku. Di KMP aku belajar macam-macam benda yang tidak pernah aku buat sebelum nie. Sebelum nie aku tidak tahu apa itu berdikari. Tapi, setelah belajar di KMP, aku telah memehami erti berdikari itu dengan sedalamnya. Aku dapat membiasakan diri aku kat KMP. ALHAMDULILLAH. Setelah sebulan aku dekat KMP, aku dapat tawaran untuk memasuki MAKTAB.

Setelah menerima tawaran tersebut aku terus berhenti daripada menyambung pelajaran di KMP dan mendaftarkan diri ke IPIK. Aku di IPIK hanya sebatang kara. Pertama kali sampai di IPIK, aku tidak mengenali seorang pun pelajar disitu. Memang susah untuk membiasakan diri di situ. Tetapi setelah beberapa bulan di IPIK, aku dapat membiasakan diri aku di sini. Hidup aku di IPIK berjalan seperti biasa. Dekat sini dapat menyamakan diri aku sebagai seekor ikan. Kemana sekalipun ikan itu berenang, dia tetap dapat membiasakan dirinya dengan tempat tersebut.

mengenal kelebihan diri.

Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan sendiri. Semua orang akan sering membanding bandingkan diri sendiri dengan sesuatu yang lain. Tidak terkecuali diri saya sendiri. Mungkin rakan rakan lain mempunyai analogi tersendiri mengenai diri mereka. Ada rakan rakan yang mengibaratkan diri mereka sebagai cermin, burung besar, bunga matahari dan macam macam lagi. Cara saya memandang diri sendiri tidak lah seunik dan sehebat rakan rakan yang lain. Saya mengibaratkan diri saya sebagai sekeping biskut tiger.


Kenapa saya mengibaratkan diri saya sebagai sekeping biskut tiger? Kalau kita pegang biskut tiger tuh sendiri, kita dapat tengok kan, betapa kerasnya biskut tu tapi bila kita tekan dia, kita akan tahu yg sebenarnya walaupun biskut tu nampak keras, sebenarnya biskut tu sangat sangat lah rapuh. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Mungkin saya akan nampak kuat, nampak teguh diluar tetapi sebenarnya, hati saya sangat rapuh dan mudah tersentuh.


Selain itu juga, jika kita dengar sahaja biskut tiger itu, kita akan fikir, yg jenama 'tiger' itu sendiri menunjukkan ciri-ciri keberanian. Begitu juga dengan diri saya. Kalau saya pula, nama saya sendiri membawa makna keberanian. Tetapi sebenarnya, saya tidak lah seberani nama itu sendiri. :p


Semua org sukakan biskut tiger. Semua orang boleh hidup dengan hanya makan biskut tiger. Semua org boleh sesuaikan diri dengan biskut tiger. Begitu juga saya. Saya mudah sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mudah menjadikan diri ini sebagai kawan yg memahami. Saya mampu memberikan nasihat kepada rakan-rakan saya dan saya mampu untuk menyesuaikan masa dan keadaan yg tertentu.


inilah saya. :)



makanan jak kan? :)

03 February 2011

Membandingkan diri dengan sesuatu adalah satu kebiasaan yang akan terjadi dalam diri seseorang dek kerana pengaruh persekitaran. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak mempunyai kesempurnaan dalam semua aspek, kita akan dapat membandingkan diri kita dengan apa sahaja sesuatu yang kita rasakan sesuai.

Di sini, aku ingin membandingkan diriku sebagai seekor burung besar yang bisa terbang ke merata tempat. Burung ini akan terbang tinggi ke awan dan pada masa yang sama burung ini akan dapat melihat pelbagai ragam manusia yang berada di sekeliling tempat yang di kunjung oleh nya.

Aku membandingkan diriku sebagai seekor burung besar yang boleh terbang ke merata tempat kerana aku ingin pergi ke merata tempat. Dan sekarang aku sedang berada di salah satu tempat persinggahan ku iaitu di mana tempat aku belajar sekarang. Di sini aku dapat bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang semestinya tidak serupa dari segi rupa paras dan personaliti diri masing-masing. Di sini aku dapat belajar mengenai kehidupan sebenar tanpa kehadiran kedua ibu dan bapa. Di sini juga aq telah belajar bagaimana untuk mengatasi perbagai masalah yang melanda dengan bersendirian tanpa pertolongan dari sesiapa. Di sini juga aku belajar mengenal setiap ragam manusia dan disini aku belajar cara untuk hidup berdikari. Walaupun pada hakikat nya seekor burung hanya terbang tinggi dan dapat melihat keseluruhan dan tidak mempelajari mengenai apa-apa tetapi aku tetap membandingkan diriku sebagai seekor burung itu kerana hanya itu yang aku rasakan sesuai dengan diriku. Sekian, Terima Kasih.. ^_^

~aiman28~

20 January 2011

Analogi Diriku

Photoshopped Rose With Desaturated Background

Setiap daripada kita pasti akan akan membandingkan diri kita dengan sesuatu yang lain. Sesetengah merasakan dirinya seperti seekor singa yang gah berdiri dengan kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Sesetengah melihat dirinya sebagai seekor rama-rama yang dahulunya kecil dan hodoh tetapi pabila meningkat dewasa, menjadi seekor rama-rama yang cantik dan bebas terbang kemana sahaja yang dikehendaki. Tidak kiralah apa jua pilihan yang anda buat semuanya bukanlah atas dasar suka-suka. Ada sebab dan perkara yang menyebabkan mengapa sesuatu itu dipilih. Kadang-kala atas sebab pengalaman yang telah dilalui, ataupun disebabkan personaliti diri seseorang individu tersebut, dan melalui pemilihan itu, kita boleh menilai dan mengintrepertasikan siapa diri seseorang itu yang sebenarnya.

Membuat pemilihan adalah suatu perkara yang sukar kerana bagi sesetengah orang yang obses dengan kesempurnaan, pastinya dia tidak mahu orang lain tahu akan kelemahan dirinya. Dia akan mengambil masa yang lama untuk berfikir sedalam yang mungkin supaya pilihan yang dibuatnya adalah yang terbaik bagi dirinya dan tidak akan memakannya di kemudian hari.

Bunga Mawar menjadi pilihan di hati. Diri ini tertanya juga mengapa memilih bunga ros sebagai objek atau perkara untuk dibandingkan kepada diri sendiri. Aku melihat bunga Mawar sebagai suatu entiti yang sangat misteri. Kelihatan sangat cantik dan menarik tapi bagi sesiapa yang tidak tahu bagaimana hendak menjaga dan memiliki walau sekuntum bunga Mawar, hayatnya tidak akan kekal lama.

Begitulah aku mengibaratkan diri ini. Sebagai sekuntum bunga Mawar. Tampak begitu indah dan memikat hati boleh dipegang dan dimiliki oleh sesiapa saja yang mahukannya. Namun, jangan terpedaya dengan keindahan luaran semata. Jangan tertipu dengan warna menarik kelopak bunga yang berwarna merah menyala kerana di sebalik warna pekat itu tersembunyi duri-duri yang mampu menyebabkan anda terluka.

Jangan salah tafsir situasi ini sebagai bermuka-muka. Sekuntum Mawar yang merah tidak pernah bermuka-muka, tidak pernah memakai topeng kerana duri itu sememangnya sebahagian daripada dirinya tidak pernah cuba untuk menyembunyikan realiti tersebut.

Aku seorang yang tenang dan damai. Aku lebih suka memilih untuk berdiam daripada bersuara jika senyap itu lebih baik. Aku tidak gemarkan konflik dan perbalahan kerana itu aku tidak suka jika aku tau ada orang yang tidak menyukai kehadiran diriku.

Pun begitu, kalau ada orang yang benar-benar telah mencabar kesabaran aku, aku pasti akan marah juga kerana kenyataannya aku masih lagi seorang manusia biasa. Tetapi aku tidak akan bertindak secara melulu dan tidak akan berdepan dengan seseorang tersebut secara bersemuka. Aku akan melaukannya dengan cara yang berlainan. Menggunakan persekitaran yang mampu mempengaruhi dirinya secara lahiriah mahupun secara dalaman. Bagi aku, bertindak sedemikain lebih memberikan kesan yang mendalam berbanding dengan membuat perkara yang menyakitkan secara fizikal.

Begitulah aku ibaratkan diri ku dengan sekuntum Mawar merah. Tampak indah dan menarik tapi jika tidak berhati-hati dan tidak menjaganya dengan baik maka akan melukakan anda di kemudian hari.

Hasil nukilan ~ Adzmin Adenin ~